Abangku Zarit telah meninggal lebih awal pada usia hampir 1 tahun kerana sejenis penyakit kulit misteri.
Kata papaku "Mamamu seumpama orang tidak siuman" sehinggalah mamaku mengandungkan aku. Pada bulan ke-7 aku di dalam kandungan mamaku, datang watak seorang putri terkenal di Kelantan berkali-kali mendakwa anak yang dikandung itu adalah 'anakandanya' di alam ghaib. Mamaku seperti bergaduh dengannya sehingga datang tok syeikh hijau menghalau 'putri' itu. Papa, seorang RSM RAMD sedang bertugas di perbatasan.
Tok Syeikh itu memperkenalkan dirinya sebagai Syeikh Malkan dan berpesan pada mamaku.
"Jika putri bunian tu datang lagi, bacalah 4 qul dan ucapkan salam kepada saya. Anakmu ini akan menjadi seorang yang terkenal di langit dan di bumi. Ku Jik (papaku) pun tahu, kamu minta dia bacakan pada kamu"

Tepat bulan yang ke sepuluh, kandungan mama didapati songsang, bidan Mak Engku dan Misi Hamidah dipanggil untuk mengendalikan kelahiranku.
"Ku Jik ke mana?" tanya Mak Engku yang mempunyai talian persaudaraan dengan papaku.
"Dia pergi Kem jap sebab nak mohon cuti" jawab mama.
"Ku Jik ni, baru nak minta cuti? hmmm macam-macam...kamu dah nak lahirkan anak."
"Bukan apa Kak Engku, Ku Jik tu rajin sangat, Kapten Crain dah suruh cuti awal-awal"
Mak Engku selaku bidan Mamaku berkata "Syarifah, anakmu ini kena lapik kain kuning dan hijau - ...tak apa kan Misi?" Wajah Mak Engku tersenyum.

Siapa yang tidak kenal Mak Engku, beliau adalah bidan Istana yang ditauliahkan oleh hospital KB - sering dipanggil oleh kerabat-kerabat untuk membidankan keputeraan putera dan puteri Raja-Raja Melayu. Pernah Mak Engku dijemput seorang kerabat kerana mendapati anaknya 'hilang dalam kandungan' pada bulan yang ke 8. Lalu Mak Engku menepuk lantai dan tiba-tiba perut kerabat berkenaan yang asalnya kempis memboyot kembali.
Misi Hamidah mengangguk dan tersenyum "Apa yang baik bagi Mak Engku, baiklah bagi saya"
"Tapi Misi kena buat kerja Misi ye, bersihkan budak yang telah lahir, catitkan dalam buku nota, pakaikan lampin, potong tali pusat..ok?"
Misi Hamidah tidak membantah. Lalu Mak Engku memandang mamaku.
"Syarifah, ini lapik kain kuning atau hijau ini, perlu dikasadkan sebagai penyembuh dari Allah SWT ye, jangan pula beranggapan kain-kain ini ada kuasa - nanti rosak akidah"
Tiba-tiba Papa menjengah di pintu dengan masih berpakaian uniform dan 'singa bengkak RSM' masih di tangan.
"Haa Ku Jik, 'mu' baru kelik, ni - ha, Syarifah ni dah nak lahirkan anak. Ku Jik pergi la salin baju dulu, kemudian datang balik kejap" kata Mak Engku
"Baik Kak Engku", papaku seperti tersipu-sipu malu dan keluar dari bilik untuk mandi.

Mamaku membiarkan sahaja Mak Engku melapik kain kuning dan hijau yang siap dibawa olehnya. Mama tahu, Mak Engku yang belajar di beberapa buah pesanteren, sudah tentu lebih faham dan arif.
Kemudian Mak Engku memegang-megang perut ibuku. Tiba-tiba mama terasa senak perut.

"Eh pandai anak kamu bergurau, dah jadi betul, tidak songsang dah pula...heiii..macam-macam budak ni, kecik-kecik pun pandai bergurau"
Papa kelihatan membaca selawat berkali-kali. Kemudian, Mak Engku mengisyaratkan papa suruh nanti di luar bilik.
"Aduh, sakit dah, dah nak keluar dah" Mamaku menjerit.
Dengan izin Allah SWT, aku pun dilahirkan dengan begitu mudah. Tetapi Misi Hamidah seperti takut nak memegangku. Mak Engku berkerut melihat keadaan aku.
"Ku Jik, mu masuk sebentar"
"Ku Jik, mu masuk sebentar"
"Hai, budak ni lahir dalam sarung ni...hmmm...dah keturunan pun orang baik-baik. Syarifah, kamu nak simpan ke sarung ni?"
Mamaku terdiam dan berkata "tak payah lah, Mak Engku ajelah simpan"
"Mu, Ku Jik, mu nak ke - kut-kut jadi kebal?" tanya Mak Engku sambil tertawa kecil.
Papa menggeleng-gelengkan kepala sambil membacakan selawat. Dia melihat sahaja seperti satu lembaga kecil sedang meronta-ronta di dalam sarung berkenaan. Papa tahu, ada petua-petua tertentu yang menyatakan, sarung kelahiran itu jika diminum bersama air suam, seseorang itu dikatakan boleh menjadi kebal. Namun, amalan ini tidak digemari oleh papaku...
"Kau nak baca ke Ku Jik?"
"Serah kat Kak Engku je" jawab papa.
Mak Engku membaca sesuatu pada jari telunjuk kanannya dan menjolok sarung berkenaan. "HasbunAllahu wanik mal wakiil" Sarung itu 'terbelah dua' dan tiba-tiba ghaib.
Aku pun menangis....
"Syarifah, kamu dapat anak laki-laki"
"Alhamdulillah Allah dah ganti Zarit" mamaku berdoa sambil melihat misi memangku aku untuk dimandikan.
Setelah mamaku stabil, aku dipangku untuk disusukan.
Tiba-tiba mamaku memandang Mak Engku...wajah mama pucat kemudian tenang kembali. Beberapa saat, terhidu bau harum semerbak seperti minyak atar kasturi Mekah.
"Tak apa la Syarifah, kamu ikut sahaja nama yang dibisikkan tu...Syeikh Mulkan yang bagi nama"
Mamaku terperanjat. Ternyata Mak Engku bukan calang-calang orang. Dia 'terlihat' Syeikh Mulkan datang pada mama dan membaca doa. Malah Mak Engku tiba-tiba menadah tangan dan mengaminkan. Misi Hamidah terdiam sahaja memerhatikan gelagat ganjil Mak Engku.
Namaku ialah Nek Fariz (bukan nama sebenar)
"Mama seperti terdengar namamu Fariz disebut-sebut oleh Syeikh Mulkan"
Aku ketika itu berusia awal 20an, aku memandang Mak Engku yang sudah berusia itu sedang makan sirih.
"Nek Farez, mari sini kat Tok Ku, jangan fikir sangat apa yang mama bagitau tu, nanti kamu akan tau juga, sebab Syeikh Mat (guruku) akan beritahu kamu, di suatu masa nanti...kamu ni 'budak bertuah'.

No comments:
New comments are not allowed.